nik aziz on khairy

listen to what the wise nik aziz had to say regarding the self-appointed UMNO defender, the boy khairy.

he was also pissed off with khairy for saying that other races would take advantage of UMNO if UMNO is weak.

Terkini pula, dalam mesyuarat Pemuda Umno di Jerlun, beliau terus terbabas apabila dengan liar mengandaikan yang kaum lain akan mengambil kesempatan ke atas orang Melayu jika Umno lemah. Kalaupun Umno lemah sekarang sekalipun,Khairy tidak perlu mengaitkan keadaan kelemahan Umno itu dengan parti dan kaum lain.

see? he rightly said that if UMNO is weak now, khairy should not take this opportunity to link UMNO’s weakness to other parties and race.

then he said that if UMNO is weak, so UMNO is weak lah! why want to blame others, especially saying that the chinese or indian parties will take advantage of them?

Kelemahan Umno tiada kena mengena dengan parti-parti Cina dan India yang kononnya akan mengambil kesempatan. Jika sudah lemah, lemahlah. Dah nak buat macam mana!

duh!!

Ini sebenarnya stail lama Umno untuk melahirkan suasana cemas. Yang cemas sebenarnya ialah Umno yang digugat oleh PAS dan Tun Dr. Mahathir. Dia sengaja melahirkan keadaan takut (a state of fear), memainkan sentimen dan emosi orang Melayu supaya orang Melayu masih terus bergayut ke lengan Umno walau apapun keadaan.

ahh… indeed. this was also the sentiments of quite a number of people. for those who don’t quite understand bahasa malaysia (the malay language), he said this had been the style of UMNO all along – to create tension. khairy intentionlly want to instill a sense of fear, and play on the sentiments and emotions of the malays so that the malays will kow-tow to UMNO all the time.

yep, very smart of him, see. oh and i like this one very much when he used the phrase ‘membabi buta’, ‘hunus keris’, ‘pantang derhaka’ ‘taat berhangit’…. and ketiak! haha.:

Ertinya, Umno masih terus mengajar orang Melayu agar menyokong Umno membabi buta. Itu yang dia selalu hunus keris ( tu) supaya Melayu terus “pantang derhaka” kepada Umno dan taat berhangit di bawah ketiaknya. Benar atau salah, asalkan ia dibuat oleh pemimpin Umno yang Melayu maka ia dikira benarlah.

let’s see how good (or bad) my bahasa is.

membabi buta – is sort of means blindly, right? any better word/phrase in english?
hunus keris – what does hunus means?
pantang derhaka – i know ‘pantang’ means ‘superstitious’ (but it might not mean superstitious in this context), and ‘derhaka’ means ‘betray’, so what does the two means when put together?
taat berhangit – ‘taat’ means ‘loyal’. ‘berhangit’? is there a spelling error? is it suppose to mean ‘berhangat’ (hot!)?
ketiaknya – its underarm/armpit!! lol!

basically he was saying that UMNO is still teaching the malays to suppot them blindly. see, they like to wave the keris around so that the malays will ‘pantang derhaka’ to UMNO and remain forever loyal under its armpit! heh!

i like this last line (from the above quote):

Benar atau salah, asalkan ia dibuat oleh pemimpin Umno yang Melayu maka ia dikira benarlah.

translated: true or not true, as long as it is made by the malay UMNO leaders, it is consider true.

see? whaddya i tell you? as per my post below on the anti koh protest (and also many other places) i had mentioned something like that – whatever UMNO said, it is true, it is correct, they are not wrong, it is national interest, national interest, ok, get that into your head, national interest, not racial.

since what the tok guru said here is very interesting and true, i am going to paste the whole article here, as who knows later on, the article at harakah might not be available.

==========

since what the tok guru said here is very interesting and true, i am going to paste the whole article here, as who knows later on, the article at harakah might not be available. yeah, me like everyone else too are very very pissed off with the antics of this PM’s SIL, so hopefully this article might made more people aware of his silly arrogant behaviour.
===========================

Khairy yang semakin menyusahkan UMNO

Wed | Sep 06, 06 | 10:51:27 AM
Oleh Nik Abdul Aziz Nik MatSebagaimana rakyat Malaysia yang lain, saya juga turut mengikuti telatah Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Nampaknya makin sehari semakin kusut Umno dibuatnya.

Sedikit masa lalu, beliau pernah memberi tempoh tujuh hari kepada saya untuk menarik balik tuduhan bahawa Umno menang pilihan raya Umum kali ke-11 kerana politik wang. Setelah lama mendiamkan diri kerana mungkin disergah teruk oleh pucuk pimpinan Umno apabila tidak dilayan oleh saya, beliau membuat kejutan lain pula dengan sebuah injunksi mahkamah ke atas Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa kerana agaknya tidak mempunyai jawapan yang konkrit mengenai keupayaan pembelian saham misteri beliau melibatkan RM 9.2 juta dalam ECM Libra.

Ini ditambah lagi dengan tekanan lebih jitu seperti yang dibangkitkan pula oleh Tun Dr. Mahathir.Dari situ, menantu Perdana Menteri ini terus menggelabah apabila penjelasan dari bapa mertuanya selanjutnya dikesan ramai sebagai tidak mampu meredakan kemarahan rakyat.

Barangkali, serabutkan tuduhan ke atas beliau yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang artis pula, Khairy dengan tiba-tiba pula mengisytiharkan penjualan semua saham tersebut. Belumpun kering dakwat tandatangan, tanpa disuruh sesiapa, Khairy seterusnya mengesahkan pula yang beliau mengalami kerugian sebanyak RM 200,000.00 hasil penjualan tersebut.

Terkini pula, dalam mesyuarat Pemuda Umno di Jerlun, beliau terus terbabas apabila dengan liar mengandaikan yang kaum lain akan mengambil kesempatan ke atas orang Melayu jika Umno lemah. Kalaupun Umno lemah sekarang sekalipun,Khairy tidak perlu mengaitkan keadaan kelemahan Umno itu dengan parti dan kaum lain.

Perihal seriusnya akibat kenyataan Khairy dapat dilihat sehingga pimpinan MCA mendesak Khairy membuat permohonan maaf secara terbuka. Tumpang semangkuk menyindir Khairy, Presiden Gerakan,Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yeik pura-pura mengingatkan anak buahnya tentang tiada tempat bagi orang yang memainkan isu perkauman dalam partinya.

Tegas beliau,”mereka tidak sedar bahawa apa yang di katakan akan menggugat BN dan mengeruhkan suasana kaum di negara ini.(They don’t realise that what they say can cause rifts within BN and between different races in the country.” – Lim Keng Yaik, NST 4 September 2006).

Bahkan, Ketua Pemuda Umno sendiri pun turut mengangkat suara dengan kata-kata, “memang mudah untuk menyuarakan (yang berbaur perkauman) tetapi apabila jelas (ia) perkara tidak berasas,maka kerosakan sudah berlaku. Pucuk pimpinan tidak akan melupai pemimpin rakus seperti ini.”(Berita Minggu,3 September 2006).

Sepatutnya, Umno tidak payahlah melumur selut kepada parti-parti MCA dan Gerakan. Carilah punca-punca kelemahan sendiri dan perbaiki. Jika nak tahu sangat di mana yang dikatakan lemah itu, semaklah apa yang PAS telah tegur Umno selama ini. Atau, jika terlalu sibuklah (katakan), maka bolehlah juga Umno merujuk kepada kritikan pedas bekas Presiden Umno yang telah menyenaraikan kelemahan Presiden Umno , perangai kroni dan anak pinaknya satu persatu.

Isu AP, jambatan bengkok, cadangan penjualan pasir, saranan penggunaan ruang udara oleh Singapura, penjualan Augusta, penglibatan anak-anak Perdana Menteri dalam mencampuri urusan Kerajaan dan bagaimana menantu Perdana Menteri itu boleh mengumpul wang sebanyak RM9.2 juta. Demikian juga dengan faktor Kalimullah.Kes anaknya Kamaludin yang dikatakan membolot kontrak-kontrak besar Kerajaan juga memerlukan perhatian.

Jika Perdana Menteri mengatakan tidak tahu, bagaimana pula boleh akhbar The Malay Mail menyebutkan bahawa Syarikat Scomi milik Kamaludin mendapat tawaran kontrak RM 50 juta dari KTM pada tahun 2005 bagi menyelenggara 1,000 gerabak. Begitu juga dengan laporan dari Business Times keluaran Mac 2006 yang mendedahkan Scomi akan membida sebanyak RM 120 juta untuk kontrak membuat bahagian badan 400 buah bas milik Syarikat Prasarana Negara berhad.

Soal kesediaan Perdana Menteri untuk memohon maaf jika tersalah adalah soal lain tetapi perkara yang penting di sini ialah bagaimana kroniknya suasana negara yang sedang diperintah oleh sebuah parti nasionalis Islam Hadhari.

Kelemahan Umno tiada kena mengena dengan parti-parti Cina dan India yang kononnya akan mengambil kesempatan. Jika sudah lemah, lemahlah. Dah nak buat macam mana!

Ini sebenarnya stail lama Umno untuk melahirkan suasana cemas. Yang cemas sebenarnya ialah Umno yang digugat oleh PAS dan Tun Dr. Mahathir. Dia sengaja melahirkan keadaan takut (a state of fear), memainkan sentimen dan emosi orang Melayu supaya orang Melayu masih terus bergayut ke lengan Umno walau apapun keadaan.

Ertinya, Umno masih terus mengajar orang Melayu agar menyokong Umno membabi buta. Itu yang dia selalu hunus keris ( tu) supaya Melayu terus “pantang derhaka” kepada Umno dan taat berhangit di bawah ketiaknya. Benar atau salah, asalkan ia dibuat oleh pemimpin Umno yang Melayu maka ia dikira benarlah.

Semangat inilah yang sedang mengubur kesedaran takwa, dosa pahala dan syurga neraka yang menjadi pegangan akidah nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Inilah salah satu dari paksi kewujudan (raison de ‘atre) parti PAS.

Inilah juga yang selalu saya tegur tentang betapa khianatnya parti yang mendokong faham kebangsaan. Semakin jahat lagilah apabila Umno berpegang pula kepada faham sekular. Agama suku politik suku. Mahukan bukti kontemporari? Mari kita dengar kata- kata Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein terkini berbunyi,”apabila anda campurkan agama dan politik, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan (oleh Umno) – Berita Minggu,3 September 2006. Kan jelas!

Saya kadang-kadang terasa sungguh malu dengan kedangkalan kenyataan-kenyataan pemimpin Umno berbanding dengan rakan-rakan komponen mereka di dalam BN. Dalam perhimpunan pemimpin-pemimpin parti MCA dan Gerakan misalnya, mereka serius berbicara tentang peluang-peluang ekonomi, pendidikan, budaya, gejala sosial,bahasa dan masa depan mereka. Mereka lebih futuristik.

Umno pula asyik menghabiskan masa dengan retorik memuja pemimpin. Sikit-sikit RM ke-9. Letih memuji sesama mereka, Umno mulalah mengeji PAS. Mulalah mereka lakarkan Pelan A dan Pelan B untuk menindih dan menyusahkan rakan seagama mereka.

Mereka tidak berminatpun mencari jalan mengatasi gejala murtad misalnya. Mereka amat cemas jika orang Melayu keluar Umno dan menyertai PAS dari risaukan umat Islam yang ratusan ribu telah dimurtadkan. Sudahnya, keadaan remaja semakin bercelaru.

Rasuah dan politik wang tetaplah subur. Angka penagih arak , judi, dadah, dedah dan belasah terus meningkat.Gejala curi, rompak, peras, ugut, rogol, ragut, sumbang mahram,bakar, bunuh, ponteng, dera ,GRO, disko, lacur, mak nyah, gaya hidup gay, kelab malam, rumah dangdut dan urut tidak pernah menemui jawapan yang konkrit dari perhimpunan .

Menjelang November nanti, lihatlah Perhimpunan Umno yang akan menyaksikan pertembungan besar-besaran antara Bekas Presiden Umno dengan Dato’ Seri Presiden Umno yang akan sibuk mempertahan anak dan menantu. Silap-silap, selepas bengkung songket dan songkok perhimpunan dilucut, apa yang naik tak pasal-pasal pula ialah harga petrol, gas ,bil air, letrik dan telefon.

Yang susahnya ialah suri-suri rumah kita yang merungut kenaikan berganda semua bahan-bahan dapur di mana-mana. Inilah hadiah Umno setiap kali tahun baru lazimnya. Nak derhaka macam mana kalau dah minda rakyat telah di paku dengan mitos besar berbunyi “pantang Melayu derhaka.”

Apa yang rakyat tahu ialah menghafal senikata lagu Wawasan 2020. Itu sajalah nampaknya. Kononnya satu pandangan jauh. Setiap hujung tahun, maka berkatalah rakyat yang dicucuk hidung “. . kita dapat bonus. Nasib baiklah ada Umno.” Itulah yang pemimpin Umno nak dengar sangat sebenarnya.

Itulah pun apa yang dislogankan iaitu Umno dahulu, kini dan selamanya. Mudah-mudahan,dengan pendedahan ini, rakyat boleh sama-sama berfikir dan semakin mengenali wajah batil Umno itu yang sebenarnya.

Leave a Reply