keamanan dekat gereja diancam
the following is a translation of the post ‘smses brings chaos‘ CnP from the herald of 12 nov. issue. this is also from the herald. the bahasa, mandarin and tamil translation appeared in the 19 nov. issue.
=======
IPOH: Khabar angin yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) telah mengancam keamanan, keharmonian dan kebebasan kepercayaan umat Katolik dari Ipoh.Misa dalam bahasa Tamil yang bermula pada pukul 7 pagi pada hari Ahad, November 5, 2006 berjalan seperti biasa, tetapi pada pukul 7.30 pagi, Fr Dominic Santhiyagu dikejutkan dengan kehadiran polis dan kenderaan polis diluar Gereja, iaitu di jalan utama. Diluar, terdengar bunyi suara orang ramai dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), lori-lori sampai dan diletakkan di sepanjang jalan utama di hadapan Gereja.
Tidak lama selepas itu, orang ramai yang berada di sisi sebelah kanan Gereja mula menjerit, “kalau Mansor masuk, bakar bangunan ini!†diikuti dengan di hadapan pintu masuk. Mereka menjerit menggunakan slogan agama dalam bahasa Arab. FRU telah mengawal situasi dan menyuruh orang ramai agar berada jauh dari kawasan Gereja.
Jalan di hadapan Gereja telah dipenuhi dengan van, kereta dan motosikal yang digunakan untuk meletakkan kenderaan, bukan kenderaan para umat tetapi para penunjuk perasaan. Mereka bukan sahaja dari kalangan lelaki, tetapi wanita, kanak-kanak dan juga bayi turut menyertainya. Sebenarnya, pada saat itu, upacara Sakramen Komuni Pertama sedang berlangsung untuk 98 umatnya dan ramai yang lain yang terdiri dari berbagai bangsa datang untuk menyaksikan dan merayakan upacara tersebut.
Barang kali SMS tersebut ditulis dalam beberapa petunjuk salah sa-tunya: Sejumlah Melayu akn dibaptiskan oleh Dato Azhar Mansor Ahad ini di Gereja Selibin Ipoh, seramai 600 plajar Poli teknik Ungku Omr Ipoh telah msuk Kristian baru2 ini. Pendedahan oleh Mufti Perak ptg ini di masjid Negeri. Sampaikan sms kpd org-2 yg mahukan ISLAM.
Tanpa menghiraukan bahaya yang akan mengancam sekeliling, para umat bergerak keluar dari kerumunan orang ramai (pada ketika itu kedua-dua penghujung jalan telah dihadang dan kereta tidak dibenarkan masuk di kawasan Gereja) dan membawa keluarga mereka untuk merayakan Misa pada pukul 9 pagi, misa yang dirayakan dalam tiga bahasa (Inggeris, Tamil dan Bahasa Malaysia). Keadaan di luar masih tegang. Tetapi para umat mengambil tempat duduk masing-masing dalam Gereja dengan cara yang teratur, tanpa mempedulikan apa yang telah berlaku disekeliling (walaupun ramai di antara mereka mempunyai pertanyaan yang tidak terjawab dalam minda atas apa yang telah berlaku!). Walau bagaimanapun, beberapa orang lelaki, kedua-dua muda dan tua ditempatkan disekeliling gereja, sebagai langkah memberi jaminan keselamatan dan keyakinan kepada mereka yang merayakan Misa.
Misa bermula tepat pada masanya, perarakan oleh 98 orang kanak-kanak yang berpakaian cantik dengan memakai pakaian putih seperti mailakat telah mendahului, diikuti oleh pelayan altar dan paderi. Dari dewan Gereja Lourdes ke pintu masuk Gereja, telah diperhatikan dan diawasi oleh saudara dan saudari kita yang berlainan kepercayaan diluar pintu masuk. Paderi paroki Fr Bernard Paul, dapat merasai ketakutan dan kebimbangan pada kanak-kanak, dan beliau terlebih dahulu telah bercakap dengan mereka dan meminta agar mereka bertenang.
Walau bagaimanapun, kebimbangan Fr Bernard masih nyata dalam nada suaranya ketika beliau memulakan misa. Misa yang berlangsung dalam tiga bahasa, disaksikan, didengar dan mungkin diperhatikan oleh semua komuniti didalam dan diluar Gereja, sistem bunyi diluar pintu boleh didengar oleh semua orang, iaitu tidak ada apa-apa yang disembunyikan dari Gereja tetapi segalanya adalah untuk dikongsi dan disaksi bersama! Seperti kebiasaanya para umat menghadiri Misa termasuk migran dari Afika dan Indonesia yang datang memenuhi ruang gereja (siapa yang mengetahui SMS tersebut di harap dapat bersaksi dengan Kristus — tanpa menghiraukan bahaya kepada mereka) dan tidak dilupakan saudara-saudari kita dari Malaysia Timur.
Mercun turut kedengaran dari luar Gereja ketika misa sedang berlangsung, tiada apa-apa hal yang berlaku, terima kasih atas kawalan ketat dan perhatian yang diberikan oleh ketua polis perak, pembantu OCPD Ipoh dan pasukan FRU serta pihak polis – undang-undang yang terbaik, Katolik dan bukan Katolik adalah sama.
Fr Dominic Santhiyagu, pembantu paderi paroki semasa membaca bacaan yang tertumpu kepada ‘Cinta kepada Tuhan dan Cinta kepada sesama’ adalah sangat sesuai. Dan mengajukan soalan kenapa ini terjadi kepada Gereja yang mengerti jelas tentang undang-undang negara berkaitan dengan penukaran agama. Beliau menambah, keadaan ini merupakan publisiti yang baik untuk kita tetapi sangat memalukan kepada mereka yang bertindak berdasarkan khabar angin.
Disamping itu, Fr Bernard merasakan para umat dapat memberi tumpuan yang baik. Kedua-dua penghujung jalan telah dihalang oleh para penunjuk perasaan dan dalam keadaan situasi yang tidak stabil, mereka hanya berkata, “Bagi jalan. Kita mahu pergi Gereja,†dan mereka berjalan menuju kepada kepercayaan mereka. “Tetapi terasa kebimbangan dalam hati saya… untuk keselamatan umat-umat saya… saya merasa bimbang bagaimana kalau mereka akan menyerbu,†tambah beliau.
Dalam catatan yang penuh erti, beliau menambah, “sedih sebab orang sangat mudah ditipu, terpengaruh dan bagaimana mereka terlalu cepat percaya terhadap pembohongan tanpa menyelidik terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Tambahan pula, mereka telah menganggu perjalanan misa kita, ini adalah perayaan hari minggu kita! Ini sungguh tidak adil…menyinggung hak asasi manusia!â€
=======
some comments:
look at the picture on the left. (taken from the herald of the same issue, showing some of the girls queuing up to begin the first holy communion service). ain’t the little girls so cute and angelic? they are in their ‘first holy communion’ wear, which has to be all white, complete with veil. first holy communion is usually a memorable day but to think for these 100 children in the silibin, ipoh church, their memorable day had to be marred by hundreds of shameful idiotic protestors (include keadialan people!!) who gathered there based on a rumour. (like uncivilised people who can’t dialogue but ever ready for a fight).
since first holy communion is a memorable day, the parents of many of the children involved will take photos or video tape the event. well, someone did a video of the event indeed… and s/he had managed to catch the demonstrators in action and pictures showing the police and FRU. i had seen the video. it look frightening indeed, the mob raising their hands shouting and the many FRU personnel gathered outside the church. soon i will have this video up on the net and i hope everyone can spread it to show how childish and shameful those people had acted – based on a rumour. the leaders of these mob that gathered there should be charged!! i wonder why the PM, DPM and police only concentrate on the one who spread the sms! so angry lah!! grrrr! :mad and btw, what happened to releasing of the photo of the woman who started the sms? i bet there’s no woman… or if there is, she is only a scapegoat of the perak mufti. the perak mufti is the guilty one, the originator of the rumour!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.