makan memegang poyong pada hari merdeka


malaysia, selamat hari jadi!

rakyat malaysia, selamat hari merdeka!

oh ya, hari ini adalah kali pertama saya akan membelog dalam bahasa kebangsaan kita, bahasa malaysia (BM). telah lama saya tidak gunakan BM untuk menulis, jadi tentunya BM saya tidak beberapa baik. kalau ada apa-apa kesilapan, tolong tunjukkan dan bukan ketawakan, ya?

selalunya bila hari merdeka menjelang, apa yang pertama saya fikirkan? oh ya, hari cuti. haha. ok lah, hari merdeka juga membawa kenangan bagaimana saya sangat bertuah dapat tinggal di negara ini yang penuh aman dan damai, dan berbilang kaum.

saya ingat bila masa di sekolah, saya sangat suka pergi menyaksikan perarakan merdeka di padang kota lama. apa yang saya sangat minat melihat ialah pancaragam-pancaragam dan kontijen polis, tentera dan bomba. saya tertarik kepada pakaian seragam mereka yang berwarna-warni. pancaragam-pancaragam – tertarik terhadap pelbagai alat-alat mainan muzik, dan lagak-lagak polis dan tentera selalu mengkagumkan saya.

bila saya dah besar dan bekerja, minat saya untuk menyaksikan perarakan merdeka semakin jatuh. lebih baik saya menyaksikan perarakan kebangsaan yang disiarkan secara langsung di TV…. tetapi ada satu masaalah…. saya lebih minati tidur! haha. yalah, maklumnya, hari cuti, mesti tidur dan tidur sampai ‘kenyang’ baru bangun, dan bila saya bangun siaran tv it sudah tamat atak akan tamat bila-bila masa.

suatu peristiwa yang saya ingati pada hari merdeka ialah tahun 1998 (kalau tidak salah) dimana perarakan kebangsaan diadakan di pulau pinang. untuk menyambut dr m (bekas perdana menteri) penganjur mengadakan kenduri besar di padang kota lama. saya dapat pergi ke kenduri itu, bukan kerana saya membeli tiket untuk kenduri tetapi tiket itu diberikan oleh majikan kawan pada saya. ha! nampaknya kebanyakan orang yang menghadhiri kenduri itu macam dipaksakan untuk menghadhir.

meja kami yang boleh mengambil 10 orang, hanya ada 6 orang, dan saya dapati bahawa meja sebelah pun tidak penuh 10 orang. bila dah satu jam lalu, meja kami hanya tinggal 3 orang! wahh!! 3 orang makan makanan untuk 10 orang!! kenyang sampai perut nak letupkan! haha.

saya juga ingat pada saat itu (bila dah dekat lewat dan bila hanya tinggal 3 orang), hujan turun. dan kami saperti orang gelojah, walaupun hujan tetap duduk di kerusi depen meja, dan makan dengan satu tangan memegang payung! yalah! betul! tidak tipu! sungguh gembirakan nampaknya!

oh, ada lagi pasal yang menggembirakan iaitu bila kami tukar-menukarkan makanan dengan meja sebelah kami, iaitu 4 orang melayu. bila makanan itik datang, mereka tidak suka itik, jadi mereka bawa pingan itik itu kepada meja kami. dan bila makanan udang datang, kami tidak mahu makan terlalu banyak, kami bawa pingan udang itu kepada meja mereka. sungguh menggelikan hati lah. dan bila ada makanan yang kami tidak dapat habiskan, kami tanya sama satu lain siapa hendak makanan itu. ya! sungguh muhibbah kami semua.

semua itu berlaku pada hari merdeka jamuan untuk menyambut perdana menteri. satu peristiwa yang saya tidak dapat lupakan.

Leave a Reply