pekerjaan-pekerjaan saya
(note: this is written in our national language, bahasa malaysia, or simply known as BM, to honour today being our national day)
oleh kerana hari ini hari kemerderkaan negara kita, saya akan cuba menulis dalam bahasa kebangsaan kita.
telah lama saya tidak tulis dalam bahasa malaysia (BM), jadi akan terdapat berapa kesalahan. maafkan saya ya, dan janganlah letawakan saya, ok, terutamanya saya tidak ada kamus untuk dirujukkan, dan saya juga akan campur bahasa inggeris bila tidak tahu mengguna BM. kalau ada kesalahan yang besar, wahai para bloggerku, tolong tunjukkan ya?
sebenar nya BM saya baik juga bila dalam sekolah. saya dapat C3 – kredit dalam peperiksaan SPM. wah! hampir dapat A2 – iaitu distinction! saya masih ingat pada masa sekolah saya, kawan-kawan saya semua sangat takut gagal dalam BM dalam peperiksaan SPM dan ada yang kata, kalau dapat P7 atau P8, asalkan tidak gagal, mereka akan berasa sungguh gembira. bila saya dapat C3, mereka semua puji saya!
yalah bila di sekolah BM (dan juga bahasa inggeris) adalah sabjek yang saya pallng suka. daya tidak suka sabjek saperti sejarah dan ilmu alam sebab terdapat banyak fakta (facts?) untuk diingati. dibandingkan dengaan BM dan bahasa inggeris, kedua-dua sabjek ini tidak ada fakta untuk diingati.ada orang kata ini menunjujjan bahawa saya adalah seorang yang segan!
ok apa tajuk akan saya tulis dalam BM sekarang? saya boleh tulis hal politik dan tentang perihal kebodohan menteri-menteri kita sebab dalam tajuk ini susah akan saya dapat perkataan-perkataan dalam BM. pada pendapat saya untuk menulis dalam BM yang pallng senang ialah menulis hal peribadi. jadi saya akan menulis tentang pekerjaaan-pekerjaaan yang saya memegang pada mula saya kerja pertama kali hingga masakini. cataan-cataan saya ini sungguh panjang, jadi kalau kamu bosan, janganlah baca, ya?
ok sebelum saya mula, masih ingat kah tahun dulu terdapat projek merdeka yang mana bloggers dijemputkan menulis dalam BM dan semua post BM ini dikumpulkan dan dicetakkan di website projek merdeka. saya ada menulis 2 post dalam BM, iaiitu penyanyi-penyanyi yang saya minati dan makan memegang payung pada hari merdeka.
ok, bermula sekarang.
pertama kali saya bekerja adalah kira-kira beberapa bulan selepas saya tamat peperiksaan SPM. ia adalah sebuah kilang membuat radio yang baru dibuka, ditempatkan di rumah kediaman. namanya ‘radiola’. kawan abang saya yang mensyorkan kilang ini kepada saya. saya adalah orang yang kedua masuk kilang ini! selepas beberapa bulan, terdapat sebanyak 10 orang, dan lama kelamaan, lebih ramai orang menyertai kami tetapi tidak melebihi 30 orang sebab tempat kerja ini di kawasan kediaman.
saya suka bekerja disini sebab boss kami seorang yang baik dan peramah. saya mula bekerja membuat hampir semua kerja (kecuali memperbaiki) sebab sedikit orang bekerja. bila ada ramai orang masuk, saya di tugaskan tetap sebagai ‘quality control inspector’.
selepas lebih dari satu tahun bekerja di ‘radiola’, saya lari ke kilang yang lebih besar di zon perindastrian bayan lepas, iaitu kilang ‘granek’. disini saya ditempatkan di bahagian ‘quality control’ sebab sudah ada pengalaman.
bekerja disini sungguh berbezakan dengan bekerja di radiola sebab ini adalah kilang besar yang terdapat beberap ratus pekerja. (tetapi, saya dengar beberapa tahun selepas saya berhenti kerja di ‘radiola’, ia telah pindah ke tempat zon perindastrian bayan lepas dan terdapat lebih seratus pekerja).
adalah di kilang granek sini lah yang saya dapat bergaul dengan beberapa sahabat melayu dan saya juga belajar dengar lagu melayu daripada mereka. tentunya saya ada sahabat cina pun tetapi nampaknya saya lebih rapat dengan sahabat melayu.
disini saya dapati ada orang memberi saya 2 gelaran (er… nickname lah… samaran instead?) – satu ialah ‘toyol dan satu lagi ‘small girl’. nama toyol digunakan lebih-lebih oleh orang melayu and orang hindu dan ‘small girl’ oleh orang cina. mereka mengelar saya toyol sebab badan saya sangat kecil tetapi mata saya sangat besar…. dan toyol sangat hodoh… adakah mereka bila mengelar saya toyol secara senyap katakan saya hodoh? mula mula saya sangat sedih atas nama gelaran ini tetapi setelah beberapa lama, saya telah lahirkan muka tebal dan tidak hiraukan gelaran ini. sama juga dengan gelaran ‘small girl’. oleh kerana saya berbadan kecil and pendek, saya nampak macam ‘small girl’ – begitulah lahir nama itu. walaupun masa itu saya telah dekat umur 20, saya nampak macam umur 12!
tentunya mereka tidak menggunakan gelaran itu didepan saya bila hendak memanggil saya. mereka gunakan gelaran itu diantara mereka sekalian bila nak sebut saya.
selepas kira-kira 3 tahun bekerja dalam ‘granek’, saya mula mencari lain kerja, kerja kerani sebab saya telah bosan dengan kerja kilang. nasib saya baik dapat jawatan kerani di ‘libraco’, sebuah syarikat yang menjual barangan iklan dan barangan pelukis. syarikat ini juga membuat iklan dalam berbagai-bagai bentuk dan membuat hadiah sukan dan hadiah cendermata.
mula-mula saya bekerja sebagai kerani tetapi selepas beberapa bulan, saya ditugaskan bekerja sebagai cashier. saya tidak suka kerja ini sebab kerja ini melibatkan wang dan susahlah saya bila wang didapati tidak seimbang (balanced?) dengan resit-resit. tiap-tiap hari, selepas masa tamat kerja, ketua akauntan akan datang mengira wang dengan saya. saya masih ingat ada beberapa hari kami mengambil selama satu jam untuk menyelesaikan akaun yang tidak boleh seimbang.
kerja disini sungguh menarik sebab ada banyak perkara-perkara yang saya pelajari dan juga dapat bergaul dengan ramai orang (pelangan) sebab kami menjual barang dan membuat barang. saya masih ingat ada satu hari, seorang terkenal datang ke kedai kami – pelakon dan pengarah melayu, jin zamsuddin! ya, betul, tak bohong. tetapi dia datang dengan seorang kawan, satu har pulaki, saya dapat berjumpa dengan kawan sekolah saya yang telah lebih 10 tahun saya tak berjumpa, bila dia datang ke kedai in untuk memberi barang.
selepas kerja cashier, saya bekerja sebagai pembantu akauntan. satu dari tugas saya ialah mengendalikan (handle) bayaran kepada klien kami. saya tidak suka kerja ini sebab susah nak bagi boss saya menandatangani chek untuk buat bayaran. oh, saya ada menulis mengenai ini di sini.
cakap tentang boss, mengingati saya adalah perkara yang sungguh menarik mengenai boss saya ini… perkara yang lebih baik saya tidak ceritakan disini. kalau hendak tahu, hantar email kepada saya.
saya berhenti kerja disini apabila ayah saya sakit tenat. ayah saya pada masa itu membantu emak saya bekerja dalam kantin sekolah menjual barang-barang ‘titbits’ seperti gula-gula, asam dll. bila dia sakit, dia tak dapat membantu emak saya jadi saya berhenti kerja diluar untuk membantu emak saya di kantin sekolah.
kerja sini hanya beberapa jam dan selepas pukul 2.00 petang saya lapang (free). apa saya buat didalam rumah masa lapang ini.apalagi kalau bukan lagi berdepan dengan komputer! tetapi masa itu (dalam 80an) saya belum ada internet. jadi apa boleh saya buat melainkan bermain permainan komputer! mula-mula saya bermain beberapa permainan seperti mario brothers, donkey kong dan pac man. tetapi bila saya mula main lode runner, saya telah terpikat terhadap permainan ini dan tiap-tiap hari selepas kerja/senang iaitu kira-kira selepas pukul 2 petang saya bermain lode runner. tiada lain lagi permainan yang saya minat, hanya lode runner sahaja yang jadi tumpuan saya.permainan ini terdapat 100 tahap dan saya telah main hingga sampai akhir tahap. nasib baik permainan ini boleh ‘save’. bila sampai akhir sesuatu tahap, bolehlah saya ‘save’ permainan itu dan mulakan dari mana yang saya tamat dulu pad keesokkan harinya.
bila sudah habis main lode runner saya pula pun terus main lode runner yang lebih susah iaitu ‘championship lode runner’ yang terdapat 50 tahap -tahap-tahap yang sungguh susah dan mencabarkan. tiap-tiap hari saya berusaha main dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kesemua 50 tahap. saya macam orang gila bermain tiap-tiap hari dalam masa yang panjang, kadang-kadang sampai 3-4 jam terus tak henti. terdapat hari saya main sehingga lupa mandi. haha. yalah betul. bagitu hangat saya bermain. telah ‘addicted’!
adallah susah untuk mencapai tahap-tahap tetapi saya tak risau sebab saya ada buku ‘hints for championship lode runner’. buku itu sangat baik (helpful) sebab ia mengajar bagaimana cara untuk mengatasi kesemua 50 tahap-tahap, dengan lukisan pun. akan tetapi tentunya walaupun ada ajaran dari buku, masih lagi kepintaran saya diperlukan. lama kelamaan saya dapat menghabiskan kesemua 50 tahap! hooray!
masa itu selain dari gilakan lode runner saya juga gilakan IRC bila saya ada internet. (masa itu 90an blog belum lahir.) saya main ‘lode runner’ pada petang dan IRC pada malam!
telah kira-kira 2 tahun saya tidak kerja luar tetapi kerja bantu emak saya di kantin sekolah. memang mak saya ada bayar saya sedikit elaun lah.kalau tidak, bagaimana saya hidup? haha.
ok jadi bila emak saya mendapat bahawa saya tidak perlu membantu dia lagi, saya mula cari kerja. tengok surat khabar untuk kerja. akhirnya saya dapat kerja sebagai kerani di syarikat arkitek. syarikat ini syarikat baru dan kecil – hanya terdapat arkitek itu, iaitu boss saya dan saya seorang kakitangan dia! dia hanya berupah ‘draughtsman’ secara sembilan bila ada projek.
oleh kerana tiada banyak projek kebanyakkan hari saya sungguh lapang daalm pejabat. dan boss saya ini hanya datang ke pejabat pada masa petang. jadi masa pagi saya dapat goyang kakilah. haha. apa yang saya buat pada pagi bila boss saya tiada dan bila dia tidak ada kerja untuk saya? (yang nampaknya kebanyakkan hari bagitu lah – tiada kerja). saya menulis surat! ya! menulis surat kepada ‘pen pal’. masa itu email belum ‘hangat’ dan juga ramai kawan-kawan tiada email. surat-surat saya selalunya sangat panjang – lebih dari 5 mukasurat, kadang kalo, lebih 10 mukasurat!
oh ya boss arkitek ini adalah boss yang saya sebutkan sini yang mana saya tinggal di bangalow dia bila dia pergi makan angin luar negeri. walaupun ada kadang kali dia sangat garang dan marahkan saya, tetapi pada keseluruhannya, dia adalah seorang boss yang baik. telah 10 tahun saya bekerja untuk dia! bila saya nak henti kerja, dia memberi saya RM1000, rantai leher emas dan ‘pendant’ emas berbentuk huruf L.
selepas berkhidmat selama 10 tahun di pejabat boss arkitek saya, saya pula bekerja untuk gereja…. bukan gereja yang mana orang pergi untuk sembahyang, tetapi gereja sebagai pejabat – pejabat untuk kesemua gereja di kawasan utara. sehingga sekarang saya dalam kerja ini.
sekianlah cerita pekerjaan-pekerjaan yang telah saya memegang sepanjang umur hingga sekerang. nampaknya kerja-kerja bosan eh? yalah mungkin bosan bagi sedikit orang tetapi saya tidak dapat bosan sebab saya in gadis pendiam/pemalu yang suka ‘kerja meja’ (deskwork).
pekerjaan saya sekarang adalah pekerjaan ke-empat (ke-lima kalau kira kerja dengan emak!). entahlah akan saya melompat ke pekerjaan ke-lima? mungkin tidak sebab usia sudah tua – tiada orang akan mengupah ‘aunty lucia’ ini. haha.
bolehkah kamu memaham apa yang saya tulis disini? bila saya baca apa yang telah saya tulis, saya dapati bahawa ada beberapa tempat akan membuat kamu kurang faham.tak ‘pa lah, saya bukan pakar BM!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.