penyanyi-penyanyi yang saya minati

Tanggal 31.
Bulan lapan lima puluh tujuh.
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah.

Tanggal 31.
Bulan lapan lima puluh tujuh.
Hari yang mulia.
Hari bahagia.
Sambut dengan jiwa yang merdeka.

Mari kita seluruh warga negara.
Ramai-ramai menyambut hari merdeka.
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku

saya fikir bahawa ramai dari kalangan kamu tahu bahawa lagu itu adalah lagu allahyarham sudirman haji arshad.

masa dulu, saya tidak minat dengar lagu melayu… melainkan lagu dari kedua penyanyi-penyanyi yang saya paling sukai – allahyarham sudirman haji arshad dan allahyarham p. ramlee.

tentunya ramai pembelog-pembelog masakini, yang kebanyakannya di jangka umur 20 – 30 tidak tahu mengenai lagu sudir. walaupun p. ramlee lebih tua dari sudir, saya pasti generasi muda sekerang lebih mengenali p. ramlee dari sudir. betul tak? ini adalah kerana p. ramlee lebih masyur dari sudir.

saya mula minati lagu sudir semasa di sekolah bila lagunya ‘basikal tua‘ menjadi lagu no. 1 dan dimainkan selalu di radio. bila lagu in ‘hot’ dalam masakini, saya selalu suka menyanyi “oooranggg…. biasaaaa….. basikal tuaaa” mana-mana saya pergi sehingga keluarga saya takut kepada saya. hehe.

yang satu lagi lagu sudir yang saya suka ialah ‘jamilah (jururawat)’. lagu ini sungguh meriah bila terdapat suara kebelakang (background/backup sound?) beberapa orang jerit “misi, saya mahu….”.

saya mempunyai semua album sudir, termasuk satu album inggeris yang bertajuk ‘twinkle twinle little star’. ya, bercapak tentang lagu inggeris, mengingatkan saya terhadap satu lagu inggeris sudir yang sungguh merdu dan penuh dengan makan, iaitu ‘one thousand smiles‘. kalau tidak salah, lagu ini yang dia nyanyikan di jepun (atau lain negara?) telah menjadi dia pemenang penyanyi terbaik di asia. oh, dia juga adalah penyanyi yang pertama dijemput menyanyi di ‘royal london albert hall’.

saya sungguh sedih bila dia meninggal dunia. dia adalah penyanyi yang mempunyai potensi untuk bermaju… mana tahu, bermaju sehingga status p. ramlee!

oh ya p. ramlee – anak pulau pinang! saya sungguh berkagum dengan lelaki ini. dia adalah seorang yang berbilang bakat. penyanyi, pengubah lagu, pengarah, pelakun… semua dia pun tahu!

lagunya yang saya suka ialah ‘getaran jiwa‘. nampaknya lagu ini telah di hidupkan oleh shiela majid pada suatu masa kelak.

filem-filem p. ramlee semuanya sungguh baik. siapakah yang boleh lupakan filem ‘ali baba’ dia? atau bujang lapuk? ataupun laksamana do re mi? ini semua adalah filem jenaka tetapi ada juga filem duka (tragedy?) nya yang dikenali saperti ‘anakku sazali’ dan ‘ibu mertuaku’.

alanglah sedihnya kedua-dua penyanyi yang saya minati ini telah meninggal dunia. sekerang nampaknya saya tidak minati mana-mana penyanyi melayu… melainkan ada kali saya suka lagu zainal abidin, shiela majid dan ning baizura.

Leave a Reply