allah yang diperlihatkan
here’s one of the article in bahasa from the herald, which used the word ‘allah’. it’s a reflection on christmas, and the dec. 28 issue is the last bahasa issue of herald before it was banned (and then reversed ban). let’s see if muslim who read this will be confused.
————————————————–
Dari The Herald, Disember 28, 2008
Allah yang diperlihatkan
Paderi Ron Rolheiser
Natal merupakan jawapan Allah kepada kerinduan terdalam manusia, gerak balas Allah kepada doa yang telah berkurun berkumandang di dalam hati kita, di dalam kegelisahan kita, kekecewaan, usaha-usaha kerohanian, setiap keluhan dan doa ini merupakan satu rayuan, ia selalunya dalam bentuk yang senyap demi memohon Allah untuk campur tangan, semuanya kerana memohon kepada Allah untuk datang dan menamatkan ketidakadilan dunia dan menyingkirkan kekosongan dan keperitan di dalam jiwa kita.
Namun, jawapan Allah tidak seperti yang kita jangkakan walaupun sebenarnya jawapan Allah adalah melebihi dari apa yang kita mahukan. Apa yang hadir bersama dengan kelahiran Yesus dan apa yang kita lihat seperti bayi yang lemah di palungan bukanlah sesuatu yang dunia ini jangkakan.
Apa yang dijangkakan oleh dunia ialah seorang perwira, seseorang yang berbakat besar, mempunyai kemahiran dan perkasa yang akan meranapkan segala yang jahat di dunia, seseorang yang mempunyai karisma untuk menundukkan sesiapa saja yang mahu menentang. Allah pula menjawab segala jangkaan ini – Seorang bayi yang tidak ada apa-apa kekuatan, terbaring diam di palungan!
Mengapa? Mengapa Allah memilih untuk lahir ke dunia dengan cara ini?Kerana anda tidak akan dapat bertelagah dengan seorang bayi! Bayi tidak akan cuba untuk melawan, menentang, berniat untuk mengalahkan kita dalam apa-apa bentuk perbahasan, dan tidak akan cuba memperlihatkan kebolehannya melalui jawapan yang bijaksana.
Sesungguhnya, bayi-bayi ini belum pun pandai bercakap. Kita, pula, harus memujuk bayi untuk memberikan senyuman atau sepatah perkataan, kita tidak boleh memaksa mereka dengan tegas dan ini menuntut kesabaran yang tinggi. Biasanya kesabaran akan membenihkan sesuatu yang terbaik dari dalam diri kita. Lagipun, kita tidak mungkin akan memaksa seorang bayi kerana dengan paksaan bayi akan mula menangis dan suasana yang riang akan berakhir begitu sahaja dengan tangisan bayi.
Dan begitulah Sang Juruselamat kita yang lahir di Bethlehem dan secara dasarnya, begitulah keberadaan Allah di dunia ini. Seperti seorang bayi, Allah tidak akan meranapkan sesiapa, tidak akan mengalahkan sesiapa, tidak akan menakutkan atau menakluki sesiapa. Kuasa yang Allah perlihatkan semasa Natal adalah kuasa seorang bayi, lembut, murni, tidak berdaya yang dapat melembutkan hati kita dan dalam masa yang sama menjemput serta meminta kita untuk berlembut, mengajar kita untuk menjadi penyabar dan mengeluarkan usaha kita yang terbaik. Kita sentiasa berhati-hati apabila berdekatan dengan bayi. Begitu juga ketika berada di dalam gereja, kita akan sentiasa berhati-hati apabila berkata-kata semasa kita berada dalam gereja, kerana punya alasan yang baik.
Kuasa Natal adalah seperti kuasa seorang bayi, dia ‘menang’ dengan caranya yang tersendiri. Terdapat kuasa yang hadir dengannya yang mengalahkan kekuatan otot, kepantasan, karisma dan kuasa yang begitubertenaga. Jika anda meletakkan seorang bayi bersama dengan seorang juara tinju dunia, siapakah yang anda fikir akan menang? Peninju itu boleh membunuh bayi tersebut namun dia tidak akan berbuat demikian kerana sifat semulajadi bayi ialah tidak berdaya dan akan melembutkan hati si peninju. Inilah cara Allah dan inilah pesanan dalam Natal.
Namun kita selalu lambat dalam memahami hal ini. Kita mahu seorang mesias yang mempunyai kuasa tertinggi. Namun bukan hanya kita yang beranggapan seperti ini. Mesias yang sentiasa dinantikan oleh manusia selama berkurun lamanya, menjurus kepada Yesus dan Bethlehem yang sesungguhnya dilihat sebagai perwira manusia, paling gagah di dunia dan mengalahkan kuasa iblis dengan keperkasaannya.
Yohanes Pembaptis juga mempunyai jangkaan yang sama mengenai mesias. Dia menjangkakan mesias yang akan datang, hadir dengan segala kekuasaan. Dia menumpukan kepada hal-hal keadilan, pertobatan dan hidup kebaktian. Dia memberi amaran akan hari pengadilan yang bakal tiba dan menjangkakan kedatangan mesias yang ditunggu-tunggu seperti api yang ganas yang akan memisahkan mereka yang jahat dan baik. Dia menyangka mesias yang akan datang akan membakar yang jahat dengan keadilan yang datang dari Allah.
Apabila dia mendengar bahawa Yesus seorang yang murah hati malah menjemput orang ramai untuk berdoa bersama-Nya dan bukan menghalau mereka, Yohannes berasa keliru dan terkejut kerana mesias seperti ini bukanlah seperti yang dia gambarkan dalam pemikiran serta di dalam semua ceramahnya.
Sebab itu, dalam menjawab persoalan Yohanes, Yesus meminta Yohanes untuk menghindari sebarang rasa keliru dan terkejut. Yohannes tidak pernah menjangkakan bahawa mesias tersebut adalah seorang yang lembut, terbuka dan sentiasa berceramah tentang keamanan. Bagi Yohanes, dia mahu orang yang jahat di hukum, bukan diampuni. Namun, ketika dia melihat cara Yesus bekerja, dia memahami, menerima kebenaran yang kudus, mengundurkan diri secara rendah diri dan menunjukkan pada semua orang ke arah Yesus sambil berkata, “Dia harus ditinggikan dan saya mesti merendahkan diri. Saya tidak layak sekalipun untuk membukakan tali kasut-Nya!”
Kita juga terlalu lambat untuk memahami perkara ini. Seperti Yohannnes Pembaptis, kita tidak sabar mendapat kebenaran dan keadilan sehingga membuatkan kita menjangkakan kedatangan seorang mesias yang bersifat duniawi, mempunyai segala kebolehan dan perkasa, menghukum yang jahat dan memisahkan mereka dari orang yang baik.
Kita mahukan seorang mesias seperti yang terdapat dalam setiap wayang gambar Hollywood, di mana Mother Theresa berubah menjadi Slyvester Stallone atau Bruce Willis yang mampu mengalahkan mereka yang jahat dengan keganasan.
Namun, itu bukanlah cerita sebenar Natal dan keperkasaan sedemikian bukan juga kuasa yang dperlihatkan semasa Natal. Kisah sebenar ialah seorang bayi yang terbaring atas rumput kering di Bethlehem, tidak menghukum sesiapa pun.
Bayi hanya berbaring di situ, menantikan sesiapa sahaja sama ada yang jahat atau baik untuk datang kepadanya. Dia membiarkan sesiapa juga untuk melihat-Nya dan sesiapa yang melihat Bayi itu, merasakan tarikan di dalam hatinya dan cuba berusaha agar bayi itu tersenyum atau berkata sesuatu. Begitulah cara Allah ‘berjumpa’ dengan kita.
— Paderi Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2008
———————————————————————————-
note:
The notion of Allah in Arabic theology is substantially the same as that of God among the Jews, and also among the Christians, with the exception of the Trinity, which is positively excluded in the Koran,
from The Catholic Encyclopedia
The word "Allah" is the perfect description of the "One God" of monotheism for Jews, Christians and Muslims! Is "Allah" only for Islam and Muslims? [No! It is for All Three Abrahamic Faiths.] "Allah" is the same word used by Christian Arabs and Jewish Arabs in their Bible, centuries before Islam came.
from: GodAllah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.